Kontroversi Abominable (filem 2019)

Filem ini diharamkan di Vietnam pada 14 Oktober 2019, sepuluh hari selepas keluarannya berikutan kehadiran Sembilan Garis Putus dalam adegannya.[9][10][11] Malaysia dan Filipina juga bertindak balas negatif terhadap adegan tersebut.[12][13] Peguam Filipina, Jay Batongbacal meminta agar filem itu diharamkan,[14] sementara Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr berpendapat lebih baik untuk memotong adegan "menyerang".[15][16] Pada 17 Oktober, Malaysia mengarahkan adegan itu dipotong daripada filem itu melalui Lembaga Penapisan Filem.[17][18] Walau bagaimanapun, selepas Universal enggan membuat potongan sensor, filem itu diharamkan sepenuhnya di Malaysia.[19][20] Pada keesokan harinya, Lembaga Kajian dan Klasifikasi Filem dan Televisyen Filipina diikuti, juga mengharamkan filem itu.[21]

Rujukan

WikiPedia: Abominable (filem 2019) http://www.imdb.com/title/tt6324278/ https://www.bbc.com/news/world-asia-50093028 https://www.boxofficemojo.com/movies/?id=everest20... https://www.bworldonline.com/locsin-suggests-cut-o... https://www.channelnewsasia.com/news/asia/abominab... https://www.nytimes.com/2019/10/15/world/asia/abom... https://www.prnewswire.com/news-releases/dreamwork... https://www.reuters.com/article/us-malaysia-southc... https://www.reuters.com/article/us-malaysia-southc... https://www.reuters.com/article/us-philippines-sou...